Sejarah Penubuhan
- Home
- Sejarah Penubuhan

Unijaya bukti keakraban, perkongsian dua rakan karib
- Bidang: Pembangunan Aplikasi Web & Mobil
- Pengalaman Syarikat: 18 Tahun
PENGARAH Urusan,
Shahrilnizam Mohamad
SEIRING dan sejalan. Satu ungkapan menarik yang dapat digambarkan bagi dua rakan yang saling mengenali antara satu sama lain sejak di bangku persekolahan.
Berkongsi minat, keinginan dan impian, kedua-dua mereka menggabungkannya menjadi satu dan dizahirkan menerusi kewujudan Unijaya Resources Sdn Bhd (Unijaya) yang kini antara sebuah firma Bumiputera berstatus syarikat Koridor Raya Multimedia (MSC) dalam industri teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).
Dua rakan berkenaan, Shahrilnizam Mohamad dan Suandy Shamsudin, kini berkongsi kepakaran dalam membangunkan sistem berasaskan laman web, peranti, pembekalan perkakasan dan perisian ICT mengikut keperluan semasa serta kehendak pelanggan.
Shahrilnizam yang memegang jawatan sebagai Pengarah Operasi syarikat berkata, beliau dan Suandy sanggup mengambil risiko berhenti kerja untuk menceburi bidang perniagaan.
Terlalu banyak pengalaman diawal penglibatan dunia perniagaan, pernah ditarik kereta kerana tidak mampu membayar ansuran bulanan. Namun sepanjang 18 tahun penglibatan, syarikat tidak pernah sekalipun gagal melunaskan bayaran gaji pekerja, cuma gaji Suandy dan saya sahaja yang kadang-kadang terlepas.

PENGARAH Projek
Suandy Shamsudin
Berkongsi pengalaman sama, Suandy yang juga Pengarah Projek Unijaya berkata, pelanggan mereka kini terdiri daripada pelbagai peringkat, antaranya jabatan kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sehingga peringkat kementerian.
“Membangunkan sistem aplikasi memerlukan langkah dan kemahiran yang betul, selain penggunaan teknologi dan perkakasan sesuai.
“Justeru, menjadi keutamaan kami untuk mengenal pasti latar belakang masalah sesebuah sistem untuk mencetuskan inovasi idea baharu yang dapat dijanakan bagi memenuhi keperluan pelanggan,” katanya.
Berkongsi cabaran yang dihadapi mereka, kedua-dua sahabat karib itu mengakui halangan dalam dunia perniagaan sentiasa dan tetap ada.
Suandy berkata, persaingan sememangnya banyak dan tidak ketinggalan dalam bidang teknologi maklumat (IT) kerana bidang berkenan sudah menjadi keperluan di peringkat global.
“Namun, sebagai usahawan yang sentiasa inginkan perubahan dan berdaya saing, kami berusaha mengkhususkan bidang kami untuk mengurangkan kadar saingan itu,” katanya.
Selain itu, beliau berkata, perkhidmatan terbaik dan kualiti produk tidak boleh dikompromi kerana ia menjadi `keutamaan’ kepada kelangsungan sesebuah perniagaan.
“Kompetitif, menghormati masa, jujur, kreatif, inovatif dan sentiasa berfikiran positif menjadi pegangan utama kami sejak mula menubuhkan Unijaya sehingga kini,” katanya.
