DILANCARKAN
15 OKTOBER 2020
KATEGORI:
Aplikasi Web
PELANGGAN:
TEKUN NASIONAL

Sipnosis Sistem

Platinum Mall merupakan sebuah sistem tempahan lot bangunan yang terletak di Kota Bharu, Kelantan dengan ciri-ciri moden (rekabentuk).

Ianya dihasilkan bagi tujuan menggantikan sistem tempahan sedia ada yang dilakukan secara manual menggunakan MS excel. Dengan hanya satu klik, pengguna dapat melakukan tempahan nombor lot yang diingini.

Selain itu, Platinum Mall menyediakan kemudahan plan gambarajah mengikut aras dan lot beserta bebutang lot sekaligus mempercepatkan proses tempahan.

Pengguna hanya perlu mengisi  borang maklumat lanjut penyewa (di dalam sistem ini) dengan lengkap sebelum pengesahan tempahan dibuat. Tempahan yang berjaya akan ditandakan secara berwarna (automatik) bagi mengelakkan kekeliruan pada bakal penyewa seterusnya.

Sistem ini terbahagi kepada dua jenis autentikasi iaitu pengguna biasa dan juga SuperAdmin dimana (SuperAdmin) boleh menambah parameter-parameter tertentu seperti penambahan pakej-pakej. Ianya sekaligus menjadikan Platinum Mall sebuah sistem yang dinamik. – (Boleh mampu digunakan pada tempahan lot untuk pusat kompleks yang lain).