Idea Projek

Dari Idea Kepada Produk – RentalParadise

Unijaya Resources Sdn Bhd merancang untuk melancarkan sebuah aplikasi sistem yang berkonsepkan sewa pakai terhadap barang-barang sedia ada pengguna secara atas talian.

Idea ini telah dibicangkan secara teliti oleh Encik Shahrilnizam Mohamad selaku Pengarah Urusan Unijaya pada pertengahan tahun 2020 bersama pasukan bisnes.

Protaip sistem telah pun berjaya disiapkan, iaitu gambaran bagaimana bentuk paparan dan proses sewa pakai ini berjalan. Ianya tidak lain tidak bukan dapat memberi kemudahan kepada semua pengguna khususnya penduduk Malaysia untuk menjana pendapatan sampingan melalui sistem ini.

Untuk permulaan, sistem ini dinamakan sebagai RentalParadise yang memberi gambaran segala bentuk barang dan servis dapat disewakan antara satu sama lain. Menarik bukan?

Walaubagaimanapun, idea ini masih di dalam skala perancangan di mana fasa-fasa pembangunan dipecahkan mengikut keutamaan terlebih dahulu.

Berikut adalah video ringkas dari Pengarah Urusan Unijaya, Encik Shahrilnizam Mohamad.

Author

Syarikat ICT Malaysia